Monday, February 16, 2009

Baikpulih Komputer

Pengguna selalu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan komputer yang dapat membantu mempermudah dan mempercepatkan kerja harian mereka. Untuk memastikan pelaburan itu tidak sia sia, kami menyediakan Program Penyelenggaraan (Preventive Maintenance Program). Dalam program ini kesemua peralatan yang dikontrakkan akan diselenggara 2 kali setahun.

Penyelenggaran ini termasuklah pembersihan luar dan dalam, melincir bahagian bahagian bergerak bagi mesin pencetak, membersih dan mengeluarkan virus bagi cakera keras komputer tersebut.

Bila bila masa juga dalam tempoh kontrak, sekiranya peralatan tersebut rosak atau memberikan masalah, pelanggan hanya perlu menghubungi kami dan kami akan menghantar juruteknik kami dalam tempoh kurang daripada 24 jam hari bekerja.

Selain itu kami juga sedia menerima peralatan yang tidak dikontrakkan (walk-in customer) untuk dibaik pulih atau di selenggara dengan kos yang berpatutan.



Baikpulih Komputer